Selamat Datang ke Rumah Warisan Hajah Kamarbee Kampung Morten Melaka

Sunday 8 January 2012

Keindahan Hiasan Dalaman Rumah Warisan Kamarbee

Assalamualaikum

Setelah kami menceritakan serba sedikit mengenai asal-usul rumah warisan Hajjah Kamarbee yang sangat super hebat ini. Yang sebenarnyanya hanya berasal daripada sebuah rumah kedai dan kemudiannya diubahsuai menjadi sebuah rumah. Sekarang pula kami ingin menambah lagi keterujaan anda untuk melihat kecantikan hiasan seni Puan Hajjah Kamarbee dalam menghias rumahnya agar kelihatan klasik dan tradisional. Bukan calang-calang orang yang dapat menjadikan sebuah rumah kampung yang tidak punya apa-apa tetapi berubah menjadi sebuah rumah tradisional yang sangat cantik dan amat dikagumi oleh seluruh raktyat Melaka sendiri.


Ruang tengah rumah yang mempamerkan tradisi ala-ala baba nyonya. Apa yang lebih menarik ialah kuih batu yang dihias diatas meja, ianya adalah hasil tangan tuan rumah sendiri dengan menggunakan simen. Sememangnya diakui, Hajjah Kamarbee seorang yang begitu kreatif. 


Dan inilah contoh kuih batu yang dijadikan sebagai hiasan di dalam rumah ini. Ianya sangat menarik. Kuih-kuih batu ini juga adalah kuih-kuih tradisional melayu. Ia mampu diperkenalkan kepada orang luar dan juga generasi baru tentang makanan tradisi orang melayu.


Pelamin tradisional ini dibuat sendiri oleh Puan Hajjah Kamrbee. Sudah ramai pelancong yang bergambar disini kerana ia diletakkan di serambi rumah dan ia begitu menarik perhatian pengunjung yang datang ke rumah warisan ini. Ada juga pengantin-pengantin yang bersanding dan bergambar disini, mungkin tertarik dengan pelamin yang tampak tradisional dan cantik. 


Antara pakaian tradisional yang dipamerkan di dalam rumah ini. Pengunjung yang datang ke rumah ini juga boleh mengenakan pakaian ini untuk bergambar. Boleh merasai perasaan memakai pakaian tradisional yang sudah tiada kini.


Bilik pengantin tradisional.


Bilik pengantin tradisional di dalam rumah warisan Kamarbee ini mampu membawa pengunjung-pengunjung ke zaman dahulu dengan melihat barang-barang hiasan perkahwinan tradisional kepunyaan tuan rumah sendiri yang kebanyakannya susah ditemui sekarang.

Mari kita lihat pula bahagian dapur rumah warisan ini!


Anda akan lebih tertarik apabila melangkah masuk ke bahagian dapur rumah warisan ini kerana ianya begitu tradisional dan boleh juga digelarkan 'comel'. 




Comel bukan? Datanglah melawat rumah warisan ini kerana ianya sangat menarik dan betul-betul mengamalkan cara-cara tradisi di dalam menghias rumah.

Jom datang melawat rumah warisan Kamarbee!

135-A, Kampung Morten, Melaka

No comments:

Post a Comment