Selamat Datang ke Rumah Warisan Hajah Kamarbee Kampung Morten Melaka

Sunday 12 February 2012

River Cruise daya penarik Rumah Kamarbee

Assalamualaikum.

River Cruise merupakan salah satu tarikan buat pengunjung yang datang melawat ke RUMAH WARISAN KAMARBEE. Ianya menjadi daya tarikan buat semua pelancong-pelancong yang berada di Kampung Morten. Rumah Kamarbee akan jelas kelihatan di sisi sungai Melaka apabila pelancong menaiki River Cruise, rumah warisan tersebut kelihatan sangat menarik dan terserlah akan keunikan seni bina rumah warisan melayu itu di Melaka.


Source: Google
Dalam bulatan: Rumah warisan Kamarbee.

Di persisiran sungai ini para pelancong dapat melihat kecantikan rumah warisan Kamarbee

Sunday 8 January 2012

Sesi photoshoot di rumah warisan Kamarbee!

Assalamualaikum semua :)

Update activities in Kamarbee House. Photoshoot for wedding event!

Serambi rumah warisan Hjh Kamarbee adalah sangat cantik dengan hiasan pelamin tradisi yang direka khas oleh tuan empunya rumah. Sebenarnya sudah banyak pengunjung yang berminat untuk begambar di atas pelamin ini tetapi kali ini secara umumnya, rumah warisan ini kami promosikan juga sebagai tempat untuk pengantin-pengantin baru bergambar secara tradisional di serambi rumah warisan ini. 

Antara gambar-gambar pelamin dan pengantin yang pernah bergambar di rumah warisan ini.



Kepada bakal-bakal pengantin yang ingin merasakan alam persandingan tradisional di samping berlatar belakangkan rumah warisan ini, apa lagi tunggu? Marilah cuba bergambar disini kerana ianya pasti memberikan anda kepuasan yang terbaik.



Cantik kan? Tetapi jikalau pengantin mengenakan busana persandingan tradisional lagi terserlah tradisi melayu tersebut.

Source: Google



Pelancong ini memakai persalinan persandingan melayu tradisional. Sangat manis!



Tepak sirih dengan bunga telur yang dibuat sendiri oleh Hajjah Kamarbee. 

Apa lagi tunggu? Marilah merasai pengalaman bersanding di serambi rumah warisan ini!

Keindahan Hiasan Dalaman Rumah Warisan Kamarbee

Assalamualaikum

Setelah kami menceritakan serba sedikit mengenai asal-usul rumah warisan Hajjah Kamarbee yang sangat super hebat ini. Yang sebenarnyanya hanya berasal daripada sebuah rumah kedai dan kemudiannya diubahsuai menjadi sebuah rumah. Sekarang pula kami ingin menambah lagi keterujaan anda untuk melihat kecantikan hiasan seni Puan Hajjah Kamarbee dalam menghias rumahnya agar kelihatan klasik dan tradisional. Bukan calang-calang orang yang dapat menjadikan sebuah rumah kampung yang tidak punya apa-apa tetapi berubah menjadi sebuah rumah tradisional yang sangat cantik dan amat dikagumi oleh seluruh raktyat Melaka sendiri.


Ruang tengah rumah yang mempamerkan tradisi ala-ala baba nyonya. Apa yang lebih menarik ialah kuih batu yang dihias diatas meja, ianya adalah hasil tangan tuan rumah sendiri dengan menggunakan simen. Sememangnya diakui, Hajjah Kamarbee seorang yang begitu kreatif. 


Dan inilah contoh kuih batu yang dijadikan sebagai hiasan di dalam rumah ini. Ianya sangat menarik. Kuih-kuih batu ini juga adalah kuih-kuih tradisional melayu. Ia mampu diperkenalkan kepada orang luar dan juga generasi baru tentang makanan tradisi orang melayu.


Pelamin tradisional ini dibuat sendiri oleh Puan Hajjah Kamrbee. Sudah ramai pelancong yang bergambar disini kerana ia diletakkan di serambi rumah dan ia begitu menarik perhatian pengunjung yang datang ke rumah warisan ini. Ada juga pengantin-pengantin yang bersanding dan bergambar disini, mungkin tertarik dengan pelamin yang tampak tradisional dan cantik. 


Antara pakaian tradisional yang dipamerkan di dalam rumah ini. Pengunjung yang datang ke rumah ini juga boleh mengenakan pakaian ini untuk bergambar. Boleh merasai perasaan memakai pakaian tradisional yang sudah tiada kini.


Bilik pengantin tradisional.


Bilik pengantin tradisional di dalam rumah warisan Kamarbee ini mampu membawa pengunjung-pengunjung ke zaman dahulu dengan melihat barang-barang hiasan perkahwinan tradisional kepunyaan tuan rumah sendiri yang kebanyakannya susah ditemui sekarang.

Mari kita lihat pula bahagian dapur rumah warisan ini!


Anda akan lebih tertarik apabila melangkah masuk ke bahagian dapur rumah warisan ini kerana ianya begitu tradisional dan boleh juga digelarkan 'comel'. 




Comel bukan? Datanglah melawat rumah warisan ini kerana ianya sangat menarik dan betul-betul mengamalkan cara-cara tradisi di dalam menghias rumah.

Jom datang melawat rumah warisan Kamarbee!

135-A, Kampung Morten, Melaka

Saturday 7 January 2012

Asal Usul|Rumah Warisan Kamarbee


  • Rumah ini dibina pada tahun 1945 oleh datuk tuan pemilik rumah ini iaitu Mohd bin Daud.
  • Rumah ini beasal dari sebuah kedai runcit yang beroperasi selama 10 tahun.
  • Mohd bin Daud merupakan seorang imam di Kampung Morten. Oleh itu, dia menggunakan rumah ini sebagai tempat mengajar anak-anak muridnya mengaji.
  • Setelah beliau meninggal dunia, pada tahun 1950-an, beliau menyerahkan rumah tersebut kepada menantunya iaitu Hj Aboo Bakar.
  • Apabila telah mendapat rumah kedai tersebut, beliau mengubahsuai rumah tersebut sebagai rumah kampung pada tahun 1963.
  • Pada tahun 1975, beliau menyerahkan rumah ini kepada anak perempuannya yang bernama Puan Hajjah Kamrbee.
  • Puan Hajjah Kamarbee mengubahsuai rumah ini sebagai rumah tradisional yang lengkap dengan serambi, rumah tengah, 4 bilik, dapur dan sebuah bilik air.
  • Pada tahun 2002, Puan Hajjah Kamarbee telah mendapat peruntukan daripada PERZIM sebanyak RM3000 untuk memperbaiki serambi rumah.
  • Setelah projek dilaksanakan, ramai pelancong yang datang dari dalam dan luar negari.
  • Antara daya tarikan yang terdapat pada rumah ini ialah hiasan dalamannya yang penuh dengan barang hiasan tradisional seperti:
  1. Almari solek lama
  2. Katil besi lama
  3. Katil kayu lama
  4. Kerusi kayu lama
  5. Mesin taip lama
  6. Tangki air batu (imported from London)
  7. Tangki air tembaga
  8. Pasu bunga tembaga lama
  9. Pakaian pengantin lama
  10. Tepak sirih lama
  • Kebanyakannya hiasan dalaman dan luarannya telah dibuat sendiri oleh Puan Hajjah Kamarbee dengan menggunakan bahan-bahan terpakai.