Selamat Datang ke Rumah Warisan Hajah Kamarbee Kampung Morten Melaka

Sunday 18 December 2011

Pengenalan|Rumah Warisan Hjh Kamarbee Kampung Morten

Assalamualaikum dan Apa khabar Malaysia


Kami dari syarikat Ala Dondang Company merasa terpanggil untuk mempromosi sebuah rumah tradisional yang terletak di Kampung Morten Melaka untuk diperkenalkan kepada seluruh rakyat Malaysia tentang kewujudannya dan juga kepada seluruh pelancong yang ingin merasai dan melihat keistimewaan yang terdapat di rumah warisan ini. Sebelum itu, mari kita lihat sejarah Kampung Morten itu sendiri.


Berdasarkan Malay Forum, kampung ini dianggap sebagai muzium hidup memandangkan ramai penduduknya masih menagamalkan cara hidup yang tidak banyak berubah selain daripada mempamerkan keunikan rekabentuk rekaan rumah mereka. Perkampungan ini dinamakan sempena nama J.F Morten , pesuruhjaya Tanah apabila suruhanjaya tersebut ditubuhkan pada awal 1920-an.Morten telah memainkan peranan untuk membina perkampungan ini, yang dahulunya hanya merupakan sebuah kawasan paya.

Ramai pelancong yang melawat Kampung Morten menganggap kampung tradisional Melayu ini sebagai 'muzium hidup'. Ini tidak menghairankan kerana ramai penduduk kampung yang terletak di tengah bandar raya bersejarah ini masih mengamalkan cara hidup yang tidak banyak berubah di samping mempamerkan keunikan reka bentuk rumah mereka.





Kampung Morten, sempena nama Pesuruhjaya Tanah Inggeris, Frederick Joseph Morten, mempunyai 85 rumahtermasuk 52 rumah tradisional MelakaMorten dipercayai memainkan peranan membina kampung ini pada 1920-an sementara pengasasnya dikatakan Allahyarham Othman Mohd Noh.

Kampung ini terletak di kawasan paya yang diliputi hutan pokok nipah, di pinggir Sungai Melaka. Kampung Morten satu-satunya kampung Melayu di bandar bersejarah ini yang masih memiliki identiti tersendiri walaupun melewati beberapa zaman seperti reka bentuk rumah, cara menghias rumah dan landskapnya.

Rumah tradisional Melaka dibina dengan reka bentuk warisan masyarakat Melayu berciri bumbung atap yang panjang dan tangga batu bersalut jubin.Tangga batu antara ciri utama di samping ukiran kayu di bahagian serambi yang unik. Halaman rumah tradisional ini biasanya dihias dengan pelbagai jenis pokok bunga. Ini menjadikan Kampung Morten begitu istimewa dan berupaya menarik pelancong dalam dan luar negara. Pengunjung akan berpeluang melihat semua deretan rumah tradisional yang tersusun dari segi bentuk bumbung, tangga dan hiasan dalaman. Ia seolah-olah membawa pengunjung kembali kepada zaman kerajaan Melayu Melaka.



Rumah Warisan Puan Hajjah Kamarbee



Source: Google


Ini adalah satu-satunya rumah yang berjaya mencuri hati kami untuk bertandang masuk. Rumah warisan ini memiliki banyak ciri-ciri tradisional dan ianya sangat unik kerana semua perhiasan di dalam rumah ini adalah hasil titik peluh tuan rumah itu sendiri. Semestinya beliau seorang yang sangat kreatif dan minat dengan seni bina tradisional. Kami rasa ini adalah rumah tradisional yang terbaik untuk kami promosikan di dalam belog ini. Selain mempromosikannya, kami juga akan cuba memberi idea dalam memperkenalkan rumah ini kepada umum.

Rumah warisan ini beralamat di no 135-A Kampung Morten dan ia merupakan rumah tradisional kepunyaan seorang wanita yang bernama Puan Hajjah Kamarbee Binti KM. Abu Bakar. Rumah kepunyaan beliau pernah memenangi tempat pertama sebagai rumah tradisional yang tercantik di daerah Kampung Morten.